Perjalanan hidup menjadi lebih seronok bila Anda tahu ke mana Anda mahu pergi. Dalam proses berusaha mencapai kejayaan yang Anda idamkan, disitulah timbulnya keseronokan.
Kita akan terlepas rasa seronok tu bila kita tak tahu apa yang kita nak capai. Jika kita tak ada matlamat atau sangsi apa yang kita nak capai sebenarnya, hati terasa kosong, bagai hidup kita tak ada ‘purpose’ atau tujuan tertentu. Untuk menghilangkan kekosongan akibat boring, kita lebih cenderung untuk berhibur sepanjang masa.
Hiburan yang terbaik adalah hiburan selepas Anda berusaha sekuat daya. Hiburan akan jadi kurang bermakna hanya sekadar untuk menghilangkan boring. Ia akan jadi hambar. Bila Anda dah bekerja tanpa henti kemudian berhibur seketika, Anda akan rasa sangat gembira. Kemudian, bersemangat untuk berusaha dengan lebih rajin lagi.
Mulai hari ni, ubah sikap. Pastikan Anda tahu apa yang Anda nak capai dalam minggu ni, bulan ni dan tahun ni.
Biar Anda bangun pagi dengan keinginan membara nak mencapai kejayaan dalam hidup Anda. Biar Anda buka mata dengan mengetahui Anda ada potensi besar untuk berjaya dalam bidang kerja Anda. Biar orang lain tahu Anda punya potensi untuk berjaya! Maju Sukan untuk Negara... Brunei Yakin!!! :)
Tuesday, February 10, 2009
The Definition of SUCCESS - iMotivasi :)
“The definition of success is'nt the same for any two people. The process, however, is the same for everyone. Success is knowing your purpose in life, growing to reach your maximum potential and sowing the seeds that benefit others. When you see success as a journey, you’ll never have the problem of trying to arrive at an elusive final destination”. - John C. Maxwell.
Saturday, February 7, 2009
Monday, February 2, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)