Saturday, August 22, 2009

Pemenang Sukan Petanque terima hadiah (Petikan dari Media Permata 21 Ogos 2009)








BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis - Para pemenang Kejohanan Sukan Petanque di sepanjang Januari hingga Ogos 2009 iaitu Piala Presiden dan Piala Jurulatih menerima hadiah mereka masing-masing hari ini.
Sepuluh orang peserta terbaik Kejohanan Sukan Petanque Piala Presiden 2009 mengikut urutan dari juara ke tempat ke-10 ialah Haji Mohd Azlan Jali, Pengiran Haji Asmalina Pengiran Haji Jaya, Mazlan Haji Yahya, Nurul Huda Haji Sapar, Haji Mohd Rohaininawawi Haji Nauhi, Siti Mariana Haji Makhbar, Hamidun Haji Mahat, Abdul Malik Haji Ladi, Pengiran Hajah Masni Pengiran Haji Matarsat dan Amir Haji Safar.
Bagi Kejohanan Sukan Petanque Piala Jurulatih 2009 pula telah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu berpasukan, perseorangan wanita dan perseorangan lelaki, dengan kategori berpasukan dijuarai Transformer, disusuli 99999 selaku naib juara dan Sinchan tempat ke tiga dan Pink Panther di tempat keempat. Johan kategori wanita ialah Nona Rowena Haji Mahmud, diikuti Ramnah Abit selaku naib johan, manakala Wedy Nurul Suzuna di tempat ketiga dan Hasnah Haji Sulaemana di tangga keempat. Mohd Abdillah Haji Tamin menjuarai kategori lelaki, manakala naib juara disandang oleh Haji Md Azlan Haji Jali, disusuli Wadi Sahrun di tangga ketiga dan Mazlan Haji Yahya selaku pemenang tempat keempat. Selain itu, tiga "Hadiah Galakan" telah dianugerahkan kepada atlet berkeperluan khas yang menyertai kejohanan berkenaan iaitu Khairul Anuar Haji Jofari (kategori lelaki), Siti Zamriatit Hussin (kategori wanita) dan Kumpulan Scoby Do Bi Do (kategori berkumpulan). Menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang itu ialah Presiden Persekutuan Petanque Brunei Darussalam, Leftenan Kolonel Pengiran Mohammad Noor Pengiran Haji Muhidi.
Pada majlis yang diadakan di Bilik Taklimat, Perkampungan Sukan Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah itu, majlis membaca tahlil doa arwah 1430 Hijrah telah diadakan selepas selesai upacara penyampaian hadiah. Haji Mohd Azlan Haji Jali yang di awal majlis memimpin bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai, juga telah mengepalai bacaan tahlil dan doa arwah di majlis 2-Dalam-1 berkenaan.

Friday, August 21, 2009

Klik! Klik!Majlis Penyampaian Piala President dan Piala Jurulatih 2009, Di selajurkan dengan Doa Arwah dan Tahlil


Cikgu Laki n Cikgu Bini :)



Hjh Yanie n Nona :)


Teman-teman dari Pusat Bahagia (Pemain kurang Upaya yang berkebolehan dlm sukan ini)

Chee bersama teman-teman dari Pusat Bahagia

Juara bagi Piala President 2009 - Hj Md Azlan bin Hj Jali


Hj Md Azlan bergambar bersama President Persekutuan Petanque dan Jurulatih Mr.Somsak

Wednesday, August 12, 2009

I Just Want To Say Happy 9 mths anniversary dlm Dunia Petanque to Wadi n Me

Kawan-kawan ku esuk genap 9 bulan me n my hubby involved dlm petanque, times goes so fast nda terasa mcm baru kemarin belatih menarik2 bola petanque.. hehe. Ada suka ada duka, ada pahit dan byk yang manisnya.. Jumpa kawan-kawan baru, jumpa kawan-kawan lama, berjumpa dengan perangai dan ragam masing-masing yang kadang-kadang terlintas dalam fikiran ada jua manusia yang mcmani, mcm atu, but am telling you No body perfect.. Main petanque ani jua byk kebaikan dan ada jua keburukannya, as for me yg sudah mencapai 9 bulan ani, i feel i can do it, walaupun kadang-kadang ada rasa takut dn bimbang kalau-kalau yang dipelajari atu hilang dan lupa.. perkara ani mesti ada di rasai oleh kwn-kwn kan.. hehe mcm my hubby(Wadi) atu seminggu ilang tekniknya.. tapi lama-lama di ingatinya semula.. kadang-kadang ilang teknik ani buleh buat org marah-marah n stress.. mesti ada ni. :) so kalau ada yg terasa aku ani marah-marah cakap x minta maaf, cakap saja tu marah tapi HATI nda.. I always Forgive n Forget... Tapi... there is tapi jua kalau terjumpa orang yang manis mulut hati busuk or org yang mcm dibawah ani-------->

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Ada tiga tanda orang munafik; apabila berbicara ia berbohong, apabila berjanji ia mengingkari dan apabila dipercaya ia berkhianat ...

I hope i am not one of them.. INSYA ALLAH..


Ya Allah jauhkan lah Aku dan orang-orang sekeliling ku akan perkara munafik dan berikan lah kami hidayah dalam menjalani hidup yang akan mendatang. amin


All the best my frens semoga maju jaya dalam sukan ini dan hindarkan lah perkara-perkara yang merosakkan diri dan Hati supaya dapat menjalani hidup yang lebih aman dan sejahtera di dunia dan di akhirat kelak... :) Cheers