Saturday, August 22, 2009

Pemenang Sukan Petanque terima hadiah (Petikan dari Media Permata 21 Ogos 2009)








BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis - Para pemenang Kejohanan Sukan Petanque di sepanjang Januari hingga Ogos 2009 iaitu Piala Presiden dan Piala Jurulatih menerima hadiah mereka masing-masing hari ini.
Sepuluh orang peserta terbaik Kejohanan Sukan Petanque Piala Presiden 2009 mengikut urutan dari juara ke tempat ke-10 ialah Haji Mohd Azlan Jali, Pengiran Haji Asmalina Pengiran Haji Jaya, Mazlan Haji Yahya, Nurul Huda Haji Sapar, Haji Mohd Rohaininawawi Haji Nauhi, Siti Mariana Haji Makhbar, Hamidun Haji Mahat, Abdul Malik Haji Ladi, Pengiran Hajah Masni Pengiran Haji Matarsat dan Amir Haji Safar.
Bagi Kejohanan Sukan Petanque Piala Jurulatih 2009 pula telah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu berpasukan, perseorangan wanita dan perseorangan lelaki, dengan kategori berpasukan dijuarai Transformer, disusuli 99999 selaku naib juara dan Sinchan tempat ke tiga dan Pink Panther di tempat keempat. Johan kategori wanita ialah Nona Rowena Haji Mahmud, diikuti Ramnah Abit selaku naib johan, manakala Wedy Nurul Suzuna di tempat ketiga dan Hasnah Haji Sulaemana di tangga keempat. Mohd Abdillah Haji Tamin menjuarai kategori lelaki, manakala naib juara disandang oleh Haji Md Azlan Haji Jali, disusuli Wadi Sahrun di tangga ketiga dan Mazlan Haji Yahya selaku pemenang tempat keempat. Selain itu, tiga "Hadiah Galakan" telah dianugerahkan kepada atlet berkeperluan khas yang menyertai kejohanan berkenaan iaitu Khairul Anuar Haji Jofari (kategori lelaki), Siti Zamriatit Hussin (kategori wanita) dan Kumpulan Scoby Do Bi Do (kategori berkumpulan). Menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang itu ialah Presiden Persekutuan Petanque Brunei Darussalam, Leftenan Kolonel Pengiran Mohammad Noor Pengiran Haji Muhidi.
Pada majlis yang diadakan di Bilik Taklimat, Perkampungan Sukan Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah itu, majlis membaca tahlil doa arwah 1430 Hijrah telah diadakan selepas selesai upacara penyampaian hadiah. Haji Mohd Azlan Haji Jali yang di awal majlis memimpin bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai, juga telah mengepalai bacaan tahlil dan doa arwah di majlis 2-Dalam-1 berkenaan.

No comments:

Post a Comment